INFAK PEMBELIAN BANGUNAN PERTIS
Bantu Dapatkan Pejabat Baharu Untuk OKU Penglihatan Bekerja & Mendalami Fardhu Ain
Selama 1 tahun, Kami cuba untuk
membantu PERTIS mendapatkan sebuah bangunan baharu di Titiwangsa yang
berstruktur 4 tingkat berharga RM 4 Juta.
Masalah utamanya adalah pejabat PERTIS yang sedia ada ini agak sempit & hanya mampu melaksanakan program berskala kecil tetapi tidak melebihi 20 orang.
PERTIS telah menyusun pelbagai program dakwah untuk OKU penglihatan seperti kelas tadarus & kelas pengajian Quran Braille.
Mereka memerlukan ruang yang lebih besar & luas bagi tujuan kelas-kelas itu dijalankan.
AKTIVITI PERCETAKAN AL QURAN BRAILLE SEPANJANG TAHUN
KELAS PENGAJIAN BRAILLE
BANGUNAN BARU UNTUK OKU PENGLIHATAN
Maklumat Bangunan
✅ Alamat : No. 68, 68-A, 68-B, 68-C Jalan Datuk Haji Eusoff, Komplek Damai, Off Jalan Ipoh, 50400, Kuala Lumpur.
✅ Bilangan tingkat : 4 tingkat.
✅ Keluasan : 1739.943ft²
Bangunan yang akan dibeli ini akan memberi manfaat kepada PERTIS dalam menjalankan usaha dakwah terutamanya pada bulan-bulan mulia seperti Ramadan yang penuh dengan pengisian program bermanfaat.
APA FASILITI YANG ADA?
✅Tingkat bawah (ground floor) akan
dijadikan dewan dan Pusat Kehidupan Berdikari (ILC) untuk melaksanakan program
bagi manfaat ahli dan OKU Penglihatan Islam.
✅ Tingkat 1 (first floor) akan dijadikan unit pentadbiran dan ‘one stop centre’.
✅ Tingkat 2 (second floor) dijadikan pusat penerbitan dan perpustakaan.
✅ Tingkat 3 (third floor) akan dijadikan bilik kuliah untuk kelas pengajian kepada golongan OKU Penglihatan Islam.
PILIHAN PAKEJ SUMBANGAN
✓RM 1000 - INFAK BANGUNAN BARU PERTIS
✓RM 300 - INFAK ASRAMA KAKITANGAN OKU
✓RM 150 - INFAK BILIK PENCETAKKAN QURAN BRAILLE
✓ RM 100 - INFAK BILIK AL QURAN BRAILLE
✓ RM 50 - INFAK RUANG PEJABAT OKU
Mari kita sahut seruan amal untuk membantu saudara OKU Muslim kita mendalami agama.
Barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad
[HR. Al-Bukhari dan Muslim]
562263552802
Yayasan Maghfirah
Reference : PERTIS21